Pages

Wednesday, March 20, 2013

Bagusnya amalan berbekam


Amalan berbekam adalah sangat selamat dan bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan jasmani dan rohani secara keseluruhan. Membersihkan sistem kardiovaskular dan membuang sel-sel darah mati dalam badan membolehkan badan mengoksidasi dengan lebih baik, disebabkan kecekapan hemoglobin yang segar mampu mengangkut oksigen sekali gus menyediakan keadaan yang terbaik untuk penyembuhan dan rawatan sel di dalam badan. Mengamalkan kaedah berbekam ini seolah-olah seperti aktiviti pembersihan radiator kereta supaya kereta anda sentiasa berjalan dengan cekap menyebabkan enjin kereta sentiasa akan terpelihara.

Sunday, February 17, 2013

Rawatan Bekam (Al-Hijamah) dan Migraine


Assalamu’alaikum w.r.t

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya kita masih lagi diberi peluang meneruskan kehidupan kita di muka bumi ni dengan berbekal segala nikmat yang melimpah-ruah. Betapa pemurahnya Ar-Rahman dan betapa kasihnya Ar-Rahim kepada kita.

Bercerita tentang kasih Allah kepada hambanya, saya terfikri kisah saya sendiri sejak dari kecil dibangku sekolah. Memang sejak dari sekolah rendah lagi saya sering sakit kepala yang amat. Saya masih ingat ketika itu arwah kakak saya (Al-Fatihah untuk beliau, semoga rohnya aman dan ditempatkan bersama para solihin)sering membawa saya ke Hospital USM Kubang Kerian untuk pemeriksaan, dan apa yang diberitahu saya menghidap migraine. Masa tu saya pun tak tahu apa itu migraine. Dengar doktor sebut, saya pun sebut saja. Bila meningkat dewasa, barulah mula pandai buat research sendiri tentang apa itu migraine. Bermula sekolah menengah, saya mula berminat membuat research berkaitan kesihatan dan mula mengamalkan beberapa petua dan amalan untuk kesihatan, terutamanya daripada Tibbun Nabawi (perubatan cara Nabi Muhammad S.A.W) dan traditional. Alhamdulillah, banyak improvement yang berlaku sejak dari itu. Boleh dikatakan semasa sekolah menengah, sakit migraine saya telah berkurangan daripada sbulan skali kepada 3 hingga 4 bulan skali.

Setelah tamat pangajian di IPTA dan mula berkerjaya, kekerapan migraine berlaku semakin menjadi-jadi..mungkin disebabkan tekanan dan keadaan kerja pada masa tu. Hampir tiap-tiap bulan penyakit tu datang menguji. Allah saja yang tahu betapa seksa, dan boleh dikatakan tahap migraine yag saya alami teruk, bukan biasa-biasa.
Dari situ, saya kembali merujuk Tibbun Nabawi dan dengan takdir di atas usaha saya Allah telah membuka hati saya untuk selidik tentang bekam dengan lebih mendalam. Entah macam mana dalam banyak-banyak kaedah, bekam juga yang membuat saya terpaku. Dari situ, banyak saya belajar dan tahu tentang betapa hebat hikmah yang tersembunyi disebalik amalan bekam.

Saya mula menjalani rawatan bekam dengan seorang sahabat saya, dan pada kali pertama merasai nikmat bekam … ALLAHUAKHBAR, kepala rasa ringan dan tenang tak terkata, badan rasa ringan walaupun lemah-lemah sedikit sebab terlalu intensif pembekaman pertama saya. Berkat kaedah bekam dan juga izin Allah, hampir setahun setengah saya tidak diserang migraine.

Sejurus sahaja saya merasai hasil berbekam dengan sahabat saya tu, saya betul-betul telah tertarik dengan kaedah ni dan berkeinginan untuk mempraktikan kaedah ini sebagai amalan perubatan yang utama dalam kehidupan sendiri. Saya mula mencari mentor dan guru untuk mendalami kaedah ni. Dengan ilmu yang ada, saya mula membekam ahli keluarga dan sanak saudara yang mempunyai berbagai masalah seperti darah tinggi, gout, sakit urat dan bermacam-macam lagi. Setalah mendapati feedback yang positif daripada saudara-mara, saya bertambah yakin dengan kaedah ini dan terdetik untuk mengembangkan perkongsian saya kepada sesiapa sahaja yang saya kenal. 
Alhamdulillah, sehingga kini ramai yang telah saya perkenalkan dengan kaedah rawatan bekam ini. Saya juga telah melatih isteri saya untuk menjadi juru bekam untuk wanita. Malah saya sendiri pun berbekam dengan isteri sejak dari itu.

Pernah sekali-sekala migraine saya cuba datang, terus dibekam pada point-point bekam dan terus hilang bersama darah bekam yang keluar. Subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu.

Berbalik kepada kasih Allah kepada hamba-Nya, setiap kemudaratan yang ditimpakan kepada hamba-Nya tidak lain adalah untuk mendidik hamba-Nya jua. Janganlah kita mengeluh dan menyalahkan takdir kenapa kita selalu ditimpa musibah atau masalah. Bertenang, syukuri nikmat-nikmat yang masih terlalu banyak yang kita masih ada, insha-Allah, ilham dari-Nya jua yang akan datang. Sakit migraine yang telah diuji kepada saya, disembunyikan penawarnya dalam kaedah rawatan bekam, yang akhirnya ditemukan saya dengan kaedah ini sehingga saya dapat belajar dan manfaatkan juga kepada orang lain yang memerlukan. Insha-Allah.

Saturday, December 18, 2010

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

Dari ka`b bin malik menceritakan bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati spaya jangan sampai menyatakan pemberian itu adalah sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? Wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada punca bahaya tersebut, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama.. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam. Wallah a’lam ..

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM


76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Sunday, December 12, 2010

Soalan-soalan lazim tentang Bekam



Soalan-soalan lazim...

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

Pendahuluan Al-Hijamah

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari