Pages

Sunday, February 17, 2013

Rawatan Bekam (Al-Hijamah) dan Migraine


Assalamu’alaikum w.r.t

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya kita masih lagi diberi peluang meneruskan kehidupan kita di muka bumi ni dengan berbekal segala nikmat yang melimpah-ruah. Betapa pemurahnya Ar-Rahman dan betapa kasihnya Ar-Rahim kepada kita.

Bercerita tentang kasih Allah kepada hambanya, saya terfikri kisah saya sendiri sejak dari kecil dibangku sekolah. Memang sejak dari sekolah rendah lagi saya sering sakit kepala yang amat. Saya masih ingat ketika itu arwah kakak saya (Al-Fatihah untuk beliau, semoga rohnya aman dan ditempatkan bersama para solihin)sering membawa saya ke Hospital USM Kubang Kerian untuk pemeriksaan, dan apa yang diberitahu saya menghidap migraine. Masa tu saya pun tak tahu apa itu migraine. Dengar doktor sebut, saya pun sebut saja. Bila meningkat dewasa, barulah mula pandai buat research sendiri tentang apa itu migraine. Bermula sekolah menengah, saya mula berminat membuat research berkaitan kesihatan dan mula mengamalkan beberapa petua dan amalan untuk kesihatan, terutamanya daripada Tibbun Nabawi (perubatan cara Nabi Muhammad S.A.W) dan traditional. Alhamdulillah, banyak improvement yang berlaku sejak dari itu. Boleh dikatakan semasa sekolah menengah, sakit migraine saya telah berkurangan daripada sbulan skali kepada 3 hingga 4 bulan skali.

Setelah tamat pangajian di IPTA dan mula berkerjaya, kekerapan migraine berlaku semakin menjadi-jadi..mungkin disebabkan tekanan dan keadaan kerja pada masa tu. Hampir tiap-tiap bulan penyakit tu datang menguji. Allah saja yang tahu betapa seksa, dan boleh dikatakan tahap migraine yag saya alami teruk, bukan biasa-biasa.
Dari situ, saya kembali merujuk Tibbun Nabawi dan dengan takdir di atas usaha saya Allah telah membuka hati saya untuk selidik tentang bekam dengan lebih mendalam. Entah macam mana dalam banyak-banyak kaedah, bekam juga yang membuat saya terpaku. Dari situ, banyak saya belajar dan tahu tentang betapa hebat hikmah yang tersembunyi disebalik amalan bekam.

Saya mula menjalani rawatan bekam dengan seorang sahabat saya, dan pada kali pertama merasai nikmat bekam … ALLAHUAKHBAR, kepala rasa ringan dan tenang tak terkata, badan rasa ringan walaupun lemah-lemah sedikit sebab terlalu intensif pembekaman pertama saya. Berkat kaedah bekam dan juga izin Allah, hampir setahun setengah saya tidak diserang migraine.

Sejurus sahaja saya merasai hasil berbekam dengan sahabat saya tu, saya betul-betul telah tertarik dengan kaedah ni dan berkeinginan untuk mempraktikan kaedah ini sebagai amalan perubatan yang utama dalam kehidupan sendiri. Saya mula mencari mentor dan guru untuk mendalami kaedah ni. Dengan ilmu yang ada, saya mula membekam ahli keluarga dan sanak saudara yang mempunyai berbagai masalah seperti darah tinggi, gout, sakit urat dan bermacam-macam lagi. Setalah mendapati feedback yang positif daripada saudara-mara, saya bertambah yakin dengan kaedah ini dan terdetik untuk mengembangkan perkongsian saya kepada sesiapa sahaja yang saya kenal. 
Alhamdulillah, sehingga kini ramai yang telah saya perkenalkan dengan kaedah rawatan bekam ini. Saya juga telah melatih isteri saya untuk menjadi juru bekam untuk wanita. Malah saya sendiri pun berbekam dengan isteri sejak dari itu.

Pernah sekali-sekala migraine saya cuba datang, terus dibekam pada point-point bekam dan terus hilang bersama darah bekam yang keluar. Subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu.

Berbalik kepada kasih Allah kepada hamba-Nya, setiap kemudaratan yang ditimpakan kepada hamba-Nya tidak lain adalah untuk mendidik hamba-Nya jua. Janganlah kita mengeluh dan menyalahkan takdir kenapa kita selalu ditimpa musibah atau masalah. Bertenang, syukuri nikmat-nikmat yang masih terlalu banyak yang kita masih ada, insha-Allah, ilham dari-Nya jua yang akan datang. Sakit migraine yang telah diuji kepada saya, disembunyikan penawarnya dalam kaedah rawatan bekam, yang akhirnya ditemukan saya dengan kaedah ini sehingga saya dapat belajar dan manfaatkan juga kepada orang lain yang memerlukan. Insha-Allah.

No comments:

Post a Comment